Wah , tajuk entri je dalam english tapi isinya saya lebih selesa sampaikan dalam bahasa Melayu , bahasa ibunda kita yg terchenta .
7 SEBAB MENGAPA SAYA SUKA JADI SEORANG BLOGGER .
Setiap sesuatu pasti ada pro dan kontranya yang tersendiri . Begitu juga dgn topik ini . In this entry , saya hanya nak dedahkan PROs sahaja . Buleh ?
Dan mengapa angka 7 ? Hmm ... Allah kan sukakan angka2 ganjil .. :)
Apa yg tertera di sini adalah pendapat dan buah fikiran saya sendiri . Jika anda suka ataupun tidak setuju sekalipun, sila2 dropkan komen ye . Bolehlah kita sama2 perbaiki . :)
Dan mengapa angka 7 ? Hmm ... Allah kan sukakan angka2 ganjil .. :)
Apa yg tertera di sini adalah pendapat dan buah fikiran saya sendiri . Jika anda suka ataupun tidak setuju sekalipun, sila2 dropkan komen ye . Bolehlah kita sama2 perbaiki . :)
1. MEMBENTUK DIRI MENJADI SEORANG PEMIKIR
Jika kita mewujudkan sebuah blog yg mana isinya untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama , maka secara automatiknya kita akan jadi seorang PEMIKIR . Ke arah yg positif sudah tentu . Fenomenanya ibarat ; "Makan Blog , Minum Blog , Tidur Blog" . Familiar tak ? Alaa...iklan Coca Cola tuh .. "Makan bola,Tidur Bola,Minum Coca Cola" . Saya tak kata org lain . Ini terjadi pada diri saya sendiri . Tapi , janganlah sampai melebihi had ok . Aktiviti lain pun harus diutamakan lebih2 lagi beribadat .
2. MENGASAH BAKAT MENGARANG
Bila dah mula berblog , cerita pun macam2 , maka mulalah aktiviti 'menggoreng' berlaku . Hahaha . Ingat tak zaman sekolah dulu waktu cikgu suruh buat esei ? Saya sangat tidak suka buat esei baik dalam BM , BI dan B.Arab . Tapi yang peliknya , saya dapat semua A1 ! *maaf,bukan nak show off , sekadar contoh* . Mungkin angkara saya yang gemar 'menggoreng' dalam mengarang esei agaknya . Jadi , maksud saya di sini , dgn berblog , kemahiran/bakat mengarang dapat diasah sikit demi sikit . *Patutkah daku memulakan karier sebagai seorang penulis profesional ?*
3. PERKONGSIAN GLOBAL
Sharing is caring . Bila menjadi seorang blogger , banyak story atau bahan untuk dikongsi bersama . Bukan sahaja satu Malaya , malah satu dunia ! Tu pun kalau depa paham apa yg kita bebelkan . Jangan kata surirumah ni dok bawah tempurung ya ! Surirumah zaman sekarang dah global pemikirannya . Thanx to the internet , ia seperti sebuah tingkap yg sangat luas yg membolehkan mak2 seperti saya ni 'melihat' dunia luar tanpa sempadan . Dgn wujudnya blog2 , forum2 dan website2 , maka kita semua dapat berkongsi hampir apa saja .
4. BELAJAR MENGHARGAI DIRI DAN SEKELILING
Ini dapat dilihat melalui blog yg banyak atau hampir keseluruhannya menceritakan tentang anak kesayangan mereka . Setiap gerak dan rengekan anak kesayangan diceritakan/diabadikan dalam blog sebagai tanda menghargai diri dan sekeliling kita . Blog [Eksperi] Dot Com saya ni caca merba . Semua ada . Haha .
5. BUKA MINDA
Ini lebih kurang saja dgn no.3 tadi , Perkongsian Global . Menjadi seorang blogger membuatkan minda saya tidak begitu jumud (beku) . Minda lebih terbuka . Banyak benda yg sebelum ni saya tak tahu , kini sudah tahu . Contohnya , topik "Bekerja Di Rumah" sangat menarik perhatian saya dan kini sedang berusaha ke arah itu . I wanna be a WAHM (Work-At-Home-Mom) . And I want u to join me too . Can ? :)
6. TERAPI
Kalian setuju tak kalau saya kata aktiviti blogging ni merupakan sejenis terapi ?
Bagi saya , YA . Seharian penat bekerja samada di ofis atau di rumah , meluahkan sesuatu di dalam blog merupakan satu terapi . Sambil2 berblog , boleh cuci2 mata di kedai2 online . Kalau jadi shopping , pun satu terapi gak kan wahai kaum wanita ?? Hehehe ... Wanita dan shopping , mana boleh dipisahkan ... Lalala ~
7. JANA PENDAPATAN SAMPINGAN
Inilah sebab UTAMA mengapa saya mewujudkan blog ni . Awal tahun 2008 saya dah start blogging , hajat di hati nak buat duit lah . Tup2 , jadi blog caca merba pulak . Tak apelah , sesekali memang saya akan buat entri tentang topik bisnes @ produk review pun . Nampak tak cover e-book di sebelah kanan ni ? TAK PERLU KERJA tajuknya . Ada yang berminat tak ? Saya jual murah2 je , RM10 . Saya beli jauh lebih mahal tau . Memandangkan saya belum upload lagi ebook ni dalam domain EMA.com , maka sesiapa yg berminat silalah email saya di ; honey_sapphire@hotmail.com . Ebook inilah yang memperkenalkan saya dengan dunia blogging dan otai2 internet marketer Malaysia seperti SmartZul .
Lama kelamaan , barulah saya bertemu cinta dgn encik Nuffnang , Advertlets dan Adsense . Kalian pun tahu apekebendanya kan ? Cara paling senang jana pendapatan dgn blog ! Sapa2 pun boleh buat . Just tempekkan iklan mereka dalam blog kita , cukup jumlah earningnya sampailah cek depan rumah ! *Alhamdulillah* So let's klik2 iklan di blog ini dan kengkawan yg lain ye . :)
*Iklan :
Ebook Tak Perlu Kerja (TPK) menerangkan panduan dan langkah untuk memulakan perniagaan internet. eBook ini amat sesuai sebagai panduan bagi yang baru berjinak-jinak untuk dalam memulakan perniagaan internet. Berikut merupakan isi kandungan yang terdapat dalam ebook ini;
Bab 1 : Dua Kaedah Penjanaan Wang Cepat
Bab 2 : Menjual Buku Anda Sendiri Di Bawah 100% Resell Rights
Bab 3 : Menyertai Dan Mempromosi Program-Program Affiliate
Bab 4 : Kaedah-Kaedah Promosi Kritikal
Bab 5 : Kaedah Jana Wang Dalam Masa 7 Minit Sahaja
So . . . Kalau berminat ayuh cepat2 email saya ! :)
























2 EksPreSi:
:) Akak cuba juga nak buat Nuffnang bagai tapi nampak mcm en somi tak berapa selesa...dia asyik ingatkan akak tentang dakwah saja...huhu
erm...gitu eh kak
leh explain sikit? :)
Post a Comment
Komenlah sepatah dua kata ...
Komen anda pasti akan disahut (insyaAllah) .